Batasan Diri

05 January 2012
Assalamualaikum  :)
Sedar tak sedar, kita sudah masuk hari ke-5 pada tahun 2012 ini. Agaknya apa yang telah selamat dicatatkan oleh malaikat kiri dan kanan kita yaa? Ramai diantara kita tidak sedar akan hakikat ini, merasa seronok melakukan apa sahaja yang hendak dilakukan. Baik mengikut kata hati penuh nafsu ataupun mengikut akal fikiran yang terbatas. Sedangkan sudah penuh lembaran amalan pahala dan dosa kita setiap hari.

Melihat kembali ke dalam diri..
Mengenal kembali isi hati..
Apa khabar ruh dan iman..
Apa khabar hari akhir kita...

Muhasabah dan terus muhasabah dan mengingatkan diri bahawa hidup didunia ini tidak lama. Kita tidak tahu entah bila ajal akan menjemput kita, boleh jadi sekarang, esok ataupun lusa.




Kita sebagai hamba Allah ada batas antara satu sama lain. Bukan beerti kita membezakan sesama tetapi kita menjaga diri kita agar tidak terus hanyut dengan dunia fana ini. Batas yang kelak akan menyelamatkan diri kita di akhirat dan batas ini jugalah yang akan buat kita bahagia di 'sana'.

Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ini termasuklah ayah/ibu, adik beradik dan saudara.

1. Menundukkan pandangan

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (Surah An-Nuur: 30)

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (Surah An-Nuur: 31)


2. Menutup Aurat

...dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (Surah An-Nur: 31)

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. (Surah Al-Ahzab: 59)


3. Tidak berdua-duaan Diantara Lelaki Dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (HR Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (HR Ahmad & Tirmidzi)


4. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Surah Al-Ahzaab: 32)


5. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani)

Sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (HR Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Surah Al-Isra: 32)


Semoga kita sentiasa berada dijalanNya, terus menjaga hati, diri dan akhlak.
Semoga terjaga segala batas-batas yang telah Allah tetapkan, bismillahirrahmanirrahim :)


Jika Hati Ini Sepenuhnya Milik Tuhan

21 December 2011
Assalamualaikum, sangat lama tak menaip dan berkongsi rasa dan idea. Walaupun hanya rasa dan idea kosong dari seorang blogger picisan seperti ini. Bismillah ku mulai menaip dengan kata hati. Menghela nafas panjang yang kosong dan tidak bermakna, mengharap rahmat Allah yang Maha Kuasa. Tersenyum hiba.

Adakah bermakna perjalanan oksigen yang masuk ke dalam tubuhku? Allahh, kadang hal sekecil ini seringkali kita biar ianya menjadi tidak bermakna dan sia-sia di mata manusia. Tampak kosong sedangkan hakikatnya?

Seharian ku meneliti video yang disampaikan seorang insan yang pada aku sangat talented, Aiman Azlan. Maafkan aku kerana baru hari ini mengetahui nama beliau, mengenali dalam diam dan menyanjunginya dihati. Jika hati ini sepenuhnya milik Tuhan, sudah tentu akan ku lakukan seperti apa yang disampaikan oleh Aiman Azlan di videonya yang bertajuk a love story. Sangat menyentuh, big applause untuk gadis berkenaan. Aku salute!


Dan banyak lagi video lain yang sangat bermakna. Aku lagi suka Aiman Azlan berbanding budak Youtube yang lain (korang tahu siapa) #PendapatPeribadi  :)


Aku berkongsi pengalaman diri aku di Twitter agar menjadi contoh kepada mereka yang lain yang membacanya supaya tidak mengikuti dan ambil pengajaran. Aku sedar akan kekurangan diri dan terlalu banyak khilaf yang sedar mahupun tidak yang telah aku lakukan. Suatu hari kelak akan terkumpul banyak dihadapan Allah. Astaghfirullah. Sigh.

Till then, seorang hamba Allah mencadangkan aku untuk membaca entry beliau yang bertajuk Cinta SMS. Ada 10 episode semuanya. Subhanallah! Mengalir airmata..

Aku tak tahu apa pendapat korang mengenai entry beliau tapi aku membayang aku berada di situasi tersebut dimana aku tidak jumpa tempat untuk aku berada didalam 'cerita' berkenaan. Jauh. Sangat jauh. Biarpun ianya sekadar 'cerita'.




Aku merenung jauh ke dalam diri. Mengimbas kembali tindak-tandukku suatu ketika dahulu. Menyelami jauh mengenang nasib diri di akhirat sana. Semoga Allah mengampuni aku dengan segala Rahmat dan keizinanNya. Tangis itu jadi saksi aku. Kesedaran itu jadi pembangkit semangatku. Senyum itu menjadi penawar dukaku.

Hanya kerana kasih dan rahmat Allah-lah kita semua disini.
Hanya kerana kekuasaanNya kita bernafas menyedut udara.
Hanya kerana kemuliaanNya kita tunduk mensucikan diri.
Hanya kerana keagunganNya kita meraba mencariNya.

Terima kasih Tuhan atas kurnian hidayah yang berkali-kali kau tunjukkan. Atas nikmatMu yang tidak terhingga Kau kurniakan. Syukran ya Allah  :')